Sepanjang pengetahuan kita, bumi adalah satu-satunya planet dalam sistem solar kini yang mempunyai persekitaran yang sesuai untuk kehidupan. Bumi juga adalah satu-satunya sistem solar yang mempunyai kandungan air meliputi lebih 70% daripada permukaannya. Sifat bumi yang diseliputi oleh udara menyebabkan suhunya sesuai untuk didiami oleh manusia. Untuk tinggal di planet yang lain, kita perlu bergantung kepada sistem sokongan hidup dan juga alam persekitaran.
Tiga teori kelahiran bumi
Sejarah kelahiran bumi sehingga kini masih menjadi tanda tanya. Sehingga kini, ahli-ahli sains masih mencari jawapan tepat kepada persoalan ini. Bagaimanapun, sepanjang sejarah manusia, tiga teori popular kelahiran bumi yang dijadikan sandaran ialah teori alam semesta berevolusi, teori keadaan mantap dan teori letupan besar.
1) Teori alam semesta berevolusi
- Dicipta oleh Friedman (1924) dari Rusia.
- Alam bermula daripada satu letupan dasyat.
- Gas awan yang terhasil daripada letupan mengembang keluar selama berbilion tahun kemudian mengalami proses pengecutan menjadi galaksi dan bintang.
- Akibat daya tarikan graviti di antara galaksi-galaksi menyebabkan pengembangan keluar menjadi semakin pelahan dan akhirnya berhenti. Ini menyebabkan ia mengecut ke dalam dan galaksi-galaksi akan bertemu dan bersatu menjadi padu seperti asal berbilion tahun yang lalu.
- Akibat pemampatan yang terlalu kuat akhirnya mengakibatkan satu letupan yang dasyat seperti sebelum ini dan proses yang sama berulang semula.
- Alam semesta yang tidak stastik tetapi berevolusi atau dalam erti kata lain keluasan alam bertambah atau berkurang terhadap dimensi masa.
- Dicipta oleh Bondi & Gold.
- Mereka tidak percaya alam bermula dengan letupan.
- Teori ini menerangkan bentuk bumi sama, tidak pernah berubah.
- Galaksi terbentuk daripada atom-atom hidrogen yang terbentuk secara spontan.
- Galaksi yang baru akan terbentuk menggantikan galaksi-galaksi lama yang bergerak keluar.
- Galaksi-galaksi baru terbentuk semasa alam mengembang.
- Walaupun begitu, oleh kerana jumlah bahan atau nisbah adalah sama, maka ketumpatan jasad atau alam ini tidak berubah.
- Umur alam adalah infiniti tiada permulaan atau akhirnya.
- Dicipta oleh George Lemaitre ( 1920-an) ahli astronomi dari Belgium.
- Merupakan teori saintifik mengenai kelahiran alam semesta.
- Menurut teori alam semesta ini telah dicipta kira-kira 10-20 bilion tahun yang lalu. Ia terbentuk daripada letupan kosmik yang bertaburan ke merata arah.
- Beliau membuat andaian setelah memerhati perubahan warna merah sekelompok bintang.
- Beberapa tahun kemudian, Edwin Hubble menemui bukti yang membantu memperbetulkan teori George Lemaitre.
- Beliau melihat galaksi yang terletak jauh di beberapa arah menjauhi kita dengan kelajuan yang tinggi ke arah masing-masing.
- Teori Big Bang itu dikemukakan kerana menjelaskan kenapa galaksi yang terletak jauh seolah-olah melarikan diri daripada kita dengan kelajuan yang tinggi.
- Selain itu, andaian Teori Big Bang juga disokong kuat apabila radiasi kosmik ditemui pada 1964 oleh Arno Penzias dan Robert Wilson. Mereka kemudian memenangi Hadiah Nobel berikutan hasil penemuan itu.
- Walaupun Teori Big Bang telah diterima oleh masyarakat ia berkemungkinan tidak dapat dibuktikan. sekaligus meninggalkan banyak persoalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan