Gempa Bumi...

Gempa bumi terjadi akibat pergerakan yang kuat di dalam kerak bumi. Selalunya gempa bumi terjadi apabila dua plat di dalam kerak bumi bergeser. Gempa bumi bermula dari dalam tanah ke 'sasarannya'. Gelombang gegaran akan menggegarkan batuan dari semua arah sasarannya. Gelombang gegaran yang sampai ke permukaan dikenali sebagai pusat gempa, yang merupakan gegaran yang paling kuat berlaku di sini.

Kekuatan gempa bumi berbeza-beza. Setengah juta gempa bumi berlaku pada setiap tahun tetapi tidak semua dapat dirasai oleh manusia. Kira-kira 25 gempa bumi yang berlaku setiap tahun adalah yang sangat kuat sehingga mengakibatkan kebinasaan. Kekuatan gempa bumi diukur dengan menggunakan skala richter. Semakin tinggi nilainya, semakin besar kemusnahan yang akan berlaku.

Gempa bumi di bawah laut dikenali sebagai gempa laut. Gempa laut mengakibatkan gelombang yang sangat besar disebut tsunami. Semasa tsunami masih berada di lautan, gelombangnya masih kecil. namun begitu, apabila sampai ke pantai, tsunami membentuk satu tembok air yang sangat besar. Gelombang ini akan terus ke daratan dan memusnahkan semua yang ada di laluannya.


Gambar Letusan Gunung Berapi

Letusan Gunung Berapi di bawah laut
Larva mengalir

Gunung berapi memuntahkan larva

Anak Gunung Krakatau


Larva yang menjadi beku

Pemandangan dari angkasa

Asap dan debu yang dikeluarkan dari muntahan larva

Koleksi Santai

Kartun ini banyak mengisahkan suasana di dalam kawasan sekolah. Walaupun dilihat lawak, tetapi inilah yang berlaku di alam persekolahan. Ia mengajar bagaimana hendak melayan pelajar-pelajar yang pelbagai karenah. menjadi seorang pendidik ini bukanlah mudah, perlu tahap kesabaran yang tinggi. Insan pendidik ini bukan sekadar mendidik tetapi perlu berilmu pengetahuan agar tidak diperlekehkan oleh pelajar yang semakin bijak pandai...













Betul ke apa yg dikatakan di dalam kartun di atas sama seperti yang berlaku di alam persekolahan?

Cerita Lucu - Sekolah


Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur.Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu : Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salim : Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu : Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah. 
Salim : Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!
Ibu : Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!
Salim : Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.
Ibu : Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia
lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH!!!

Letusan Gunung Berapi


1. Gunung berapi adalah bukaan, atau rekahan, pada permukaan atau kerak Bumi   
    yang membenarkan gas, abu, dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam bawah
   permukaan bumi. 
                                                         
2. Aktiviti gunung berapi membabitkan pergolakan batu-batuan yang cenderung             
   membentuk gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung melalui tempoh masa.

3. Gunung berapi biasanya terdapat di mana plak tetonik berpisah atau bertembung.
    Rabung tengah laut, seperti Rabung Tengah Atlantik (Mid-Atlantic Ridge), adalah   
    contoh plak  tetonik berpisah; Lingkaran Api Pasifik pula  mempunyai contoh
    gunung berapi yang terhasil akibat pertembungan plak tetonik. Sebaliknya  gunung   
    berapi biasanya tidak terhasil dimana dua plak tetonik bergesel sesama sendiri.

 
4. Gunung berapi juga boleh terbentuk di kawasan mana terdapat renggangan pada   
   kerak Bumi dan di mana kerak Bumi menjadi nipis (di kenali sebagai gunung berapi   
  antara plat bukan titik panas), seperti di Lembah Rift Afrika (African Rift Valley),  
  Rhine Graben Eropah dengan gunung berapi Eifelnya, Lapangan gunung berapi  
  Wells Gray-Clearwater  dan Rio Grande Rift di Amerika Utara.

Bumi Berasal Daripada Apa?

Bumi berasal daripada gumpulan awan dalam angkasa. Ahli sains berpendapat bahawa bumi terbentuk daripada segumpalan besar awan yang berisi gas dan debu, kira-kira 4,500 juta tahun yang lalu. Bintang yang berhampiran dengan awan itu meletup dan menyebabkan awan itu berputar. Semasa awan itu berputar, gas berkumpul di tengah awan dan membentuk matahari. Debu berpusar di sekeliling matahari dan bergabung untuk membentuk ketulan batu. Pada masa yang sama, ketulan batu itu berlanggar antara satu sama lain dan membentuk planet. Bumi merupakan salah satu daripada planet tersebut.

Pada awalnya bumi sangat panas. Apabila batuan berlanggar, keadaan itu memanaskan antara satu sama lain. Semasa bumi terbentuk, batuan di dalamnya mencair. Bumi baharu merupakan sebiji bebola yang berisi batuan cair dengan lapisan kulit nipis yang keras.

Berjuta-juta batuan besar yang dikenali sebagai meteorit jatuh terhempas ke bumi. Meteorit menyebabkan terjadinya lekuk pada permukaan bumi. Lekuk ini dikenali sebagai kawah. Pada masa yang sama, bulan juga dihentam batuan besar. Jika bulan dilihat dengan menggunakan binokular, kamu dapat melihat kawah pada permukaan yang telah terbentuk berjuta-juta tahun dahulu.

Lautan dan laut terbentuk apabila bumi mulai sejuk. Gunung berapi yang meletus, membebaskan wap, gas dan batuan dari dalam bumi. Apabila bumi mulai sejuk, wap berubah menjadi titisan air dan membentuk awan. Semasa bumi menjadi sejuk, hujan turun dari awan tersebut. Hujan turun selama berjuta-juta tahun untuk menjadi laut dan lautan.

Bola Angkasa Yang Laju..

Bumi merupakan sebiji bebola batu besar yang bergerak dalam ruang angkasa dengan kelajuan hampir 3,000 meter sesaat. Berat bumi ialah 6,000 juta, juta, juta tan. Dua per tiga daripada permukaan bumi yang berbatu-batan dilitupi air yang menjadi laut dan lautan. Permukaan yang tidak dilitupi air menjadi daratan. Persekitaran bumi dikelilingi oleh lapisan gas yang dikenali sebagai atmosfera (udara). Atmosfera terletak kira-kira 700 kilometer dari permukaan bumi. Selepas atmosfera ialah ruang angkasa.

Jawapan Latih Tubi 2






Latih Tubi 2


Bagi menguji kefahaman pelajar mengenai struktur bumi yang telah dipelajari, pelajar bolehlah mencuba menjawab latih tubi yang telah disediakan. Selamat menjawab.







Jawapan Latih Tubi Struktur Bumi





Latih Tubi Struktur Bumi











Tahukah Anda?

Adakah hanya bumi sahaja tempat yang boleh didiami manusia?

Sepanjang pengetahuan kita, bumi adalah satu-satunya planet dalam sistem solar kini yang mempunyai persekitaran yang sesuai untuk kehidupan. Bumi juga adalah satu-satunya sistem solar yang mempunyai kandungan air meliputi lebih 70% daripada permukaannya. Sifat bumi yang diseliputi oleh udara menyebabkan suhunya sesuai untuk didiami oleh manusia. Untuk tinggal di planet yang lain, kita perlu bergantung kepada sistem sokongan hidup dan juga alam persekitaran.

Tiga teori kelahiran bumi


Sejarah kelahiran bumi sehingga kini masih menjadi tanda tanya. Sehingga kini, ahli-ahli sains masih mencari jawapan tepat kepada persoalan ini. Bagaimanapun, sepanjang sejarah manusia, tiga teori popular kelahiran bumi yang dijadikan sandaran ialah teori alam semesta berevolusi, teori keadaan mantap dan teori letupan besar.

1) Teori alam semesta berevolusi
  • Dicipta oleh Friedman (1924) dari Rusia.
  • Alam bermula daripada satu letupan dasyat.
  • Gas awan yang terhasil daripada letupan mengembang keluar selama berbilion tahun kemudian mengalami proses pengecutan menjadi galaksi dan bintang.
  • Akibat daya tarikan graviti di antara galaksi-galaksi menyebabkan pengembangan keluar menjadi semakin pelahan dan akhirnya berhenti. Ini menyebabkan ia mengecut ke dalam dan galaksi-galaksi akan bertemu dan bersatu menjadi padu seperti asal berbilion tahun yang lalu.
  • Akibat pemampatan yang terlalu kuat akhirnya mengakibatkan satu letupan yang dasyat seperti sebelum ini dan proses yang sama berulang semula.
  • Alam semesta yang tidak stastik tetapi berevolusi atau dalam erti kata lain keluasan alam bertambah atau berkurang terhadap dimensi masa.
2) Teori Keadaan Mantap
  • Dicipta oleh Bondi & Gold.
  • Mereka tidak percaya alam bermula dengan letupan. 
  • Teori ini menerangkan bentuk bumi sama, tidak pernah berubah.
  • Galaksi terbentuk daripada atom-atom hidrogen yang terbentuk secara spontan.
  • Galaksi yang baru akan terbentuk menggantikan galaksi-galaksi lama yang bergerak keluar.
  • Galaksi-galaksi baru terbentuk semasa alam mengembang.
  • Walaupun begitu, oleh kerana jumlah bahan atau nisbah adalah sama, maka ketumpatan jasad atau alam ini tidak berubah.
  • Umur alam adalah infiniti tiada permulaan atau akhirnya.
3) Teori Letupan Besar ( Big Bang)
  • Dicipta oleh George Lemaitre ( 1920-an) ahli astronomi dari Belgium.
  • Merupakan teori saintifik mengenai kelahiran alam semesta.
  • Menurut teori alam semesta ini telah dicipta kira-kira 10-20 bilion tahun yang lalu. Ia terbentuk daripada letupan kosmik yang bertaburan ke merata arah.
  • Beliau membuat andaian setelah memerhati perubahan warna merah sekelompok bintang. 
  • Beberapa tahun kemudian, Edwin Hubble menemui bukti yang membantu memperbetulkan teori George Lemaitre. 
  • Beliau melihat galaksi yang terletak jauh di beberapa arah menjauhi kita dengan kelajuan yang tinggi ke arah masing-masing.
  • Teori Big Bang itu dikemukakan kerana menjelaskan kenapa galaksi yang terletak jauh seolah-olah melarikan diri daripada kita dengan kelajuan yang tinggi.
  • Selain itu, andaian Teori Big Bang juga disokong kuat apabila radiasi kosmik ditemui pada 1964 oleh Arno Penzias dan Robert Wilson. Mereka kemudian memenangi Hadiah Nobel berikutan hasil penemuan itu.
  • Walaupun Teori Big Bang telah diterima oleh masyarakat ia berkemungkinan tidak dapat dibuktikan. sekaligus meninggalkan banyak persoalan.

Mengenal Struktur Bumi

Gambar rajah Keratan Rentas Bumi

Gambar rajah struktur lapisan dalam Bumi







Video Struktur Bumi



Mari mengenal struktur bumi.  Video ini bagi memberikan kefahaman kepada pelajar mengenali struktur bumi dengan lebih mendalam.

Selamat Datang ke Blog Kami...






Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Terima kasih kerana mengunjungi blog kami. Sebarang komen daripada anda amat dialu-alukan. Selamat belajar dan menimba ilmu pengetahuan. Semoga anda mendapat banyak manfaat dari blog ini.